Trend baju kurung terkini: KURUNG MODEN VS TIERED SKIRT

zuriah. October 11th, 2011

Ranking tertinggi atau Lebih kurang 80% tempahan yang ditempah di minikurung pada musim raya yang lepas adalah merupakan baju kurung modern.  Memang sangat mendapat perhatian ramai akhir-akhir ini selain ianya selesa dipakai dan senang digayakan. Sangat sesuai dipakai bagi mereka yang ingin nampak langsing kerana ianya mengikut potongan badan dan kemas.

Minikurung kini membincangkan design terkini baju kurung modern yang dipadankan bersama skirt kembang bertingkat atau tiered skirt. Mungkin dulu design-design sebegini hanya dipakai oleh artis-artis malaysia. tapi itu dulu. sekarang semua nya sudah mahu bergaya. walhal, hanya membasuh pinggan di dapur. Tapi kata orang biar papa asal bergaya. Tidak mengapa walaupun duduk di dapur. Janji vogue!

Material yang dibincangkan adalah chiffon. Atau boleh juga mengunakan pure silk atau thai silk. sama ada badan di lining atau tidak terpulang pada individu. tetapi skirt nya perlu di lining. almaklumla. Pun begitu, terpulang pada individu. Itu sekiranya menggunakan chiffon.

jika kita ubah sedikit materialnya untuk dijadikan pakaian pengantin, skirt menggunakan fabric dari net yang lembut. Untuk tampak lebih menarik, bajunya di pendekkan sedikit serta skirtnya dibuat lebih kembang. sesuai digayakan pada majlis persandingan. Disamping itu ditambah dengan jahitan padat manik di atas french lace pada bahagian leher, pergelangan tangan dan bahagian bawah baju. Pasti terpesona mata memandang.

Color trend pada masa kini, lebih kepada warna-warna lembut atau earth color.

untuk yang akan datang, akan dibincangkan tips tentang pembelian kain dan berapa meter kain yang diperlukan mengikut potongan badan dan design


Category: tips

1 Comment »

  1. salam,

    Sis, mcm ner nk tempah baju ni yek?

    Comment by siti — July 25, 2012 @ 3:06 pm

RSS feed for comments on this post. TrackBack URL

Leave a comment