Tips konsep pakaian persandingan

admin. April 4th, 2011

Kali ini minikurung ingin berkongsi tips kepada pelanggan-pelanggan dan bakal pengantin tentang baju bersanding yang selalu digayakan semasa hari persandingan iaitu baju kurung moden, kebaya, dres, songket dan busana muslimah. Pakaian pengantin yang ingin dipilih perlulah menepati konsep dan citarasa pengantin. Selain menjadi tumpuan utama di mata orang ramai di hari persandingan, busana pengantin juga perlu mementingkan keselesaan supaya pengantin lebih yakin ketika di hari persandingan kelak.

Baju kurung moden adalah sangat digemari oleh bakal pengantin dan juga yang paling popular di butik minikurung. Baju kurung moden sendiri mampu menampilkan kelainan sekiranya bijak di dalam menggayakan busana ini. Tambahan tempalan renda, perincian manik, dan aksesori tertentu mampu menaikkan keserian dan kemewahan pada baju kurung moden.

Persandingan jenis kebaya juga kerap digunakan, sama ada potongan gaya pendek ataupun labuh semestinya mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Kebaya yang dipilih perlulah sesuai dengan jenis fabrik yang digunakan. Dengan perincian yang sesuai, busana kebaya pada hari persandingan pastinya anda akan tampak menawan, berseri dan anggun.

Dress sangat sesuai bagi pengantin yang bercitarasa moden. Secara umumnya, busana dengan potongan dress mempunyai leretan di bahagian belakang kain. Pengantin yang bertubuh langsing dan tinggi adalah sangat sesuai digayakan. Dres juga sesuai digayakan untuk persandingan yang berkonsepkan moden. Dengan tambahan perincian manik, renda dan aksesori yang sesuai pastinya membuatkan majlis persandingan sesuatu yang tidak dapat dilupakan.

Trend terkini yang semakin mendapat tempat di hati pengantin kini adalah dengan menggunakan konsep busana muslimah yang terdiri daripada jubah labuh atau abaya. Konsep busana muslimah adalah labuh, longgar dan tidak menampakkan bentuk tubuh pengantin. Dengan penumpuan pada cara bertudung merupakan faktor penting dalam cara berpakaian. Tambahan manik dan renda pada bahagian tertentu mampu menaikkan keserian busana ini.

Songket adalah sangat sinonim dengan konsep tradisional. Busana songket ini sentiasa relevan dan tidak lapuk ditelan zaman. Pemilihan songket sangat sesuai jika pengantin mahukan kelainan pada hari persandingan. Songket sendiri sangat eksklusif dan ditambah pula dengan perincian manik berserta aksesori pasti persandingan tampak cantik dan berseri.

Konsep dan tips pakaian persandingan di atas adalah sebagai panduan asas sahaja. Bagi pengantin yang suka mencuba sesuatu yang baru sebagai contoh mengenakan konsep busana muslimah trendy boleh menggunakan jubah labuh atau menyerupai dres. Jubah yang diberi nafas baru dengan menggunakan fabrik lembut serta kombinasi renda dan manik mampu menyuntik kelainan. Bagi pengantin yang lebih berani, ”hour glass cutting” mungkin sesuai untuk mereka mencuba sesuatu yang luar biasa.

busana muslimah trendy 30sec sketch

Walau apa pun konsep yang anda mahukan, samada kurung moden, kebaya, dress, busana muslimah atau gabungan-gabungan konsep ini, kami di butik minikurung sangat bersedia untuk merealisasikan busana di hari persandingan anda.


Category: tips

No Comments »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URL

Leave a comment