tips design dan pilih fabrik renda, sateen, chiffon, sutera shantung

admin. March 23rd, 2011

Sudah agak lama minikurung tidak mengupdate web. Jadi kali ini kami ingin berkongsi tips tentang kesesuaian fabrik dalam design pemakaian kepada semua. Di minikurung kami memilih 4 jenis fabrik yang selalu kami gunakan di dalam produk-produk kami iaitu  renda,(lace),  chiffon (sifon), sutera shantung ( shantung silk) dan sateen (satin). Kebanyakan pelanggan yang datang menempah di minikurung juga rata-ratanya menggunakan empat jenis kain fabrik yang disebutkan ini. Setiap jenis fabrik ini masing-masing mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Untuk mereka yang ingin mendapatkan baju yang flowy gitu kami sarankan chiffon lembut. chiffon lembut juga sangat sesuai untuk mendapatkan kesan berjurai (flowy) terutamanya di bahagian kain khususnya di bahagian bawah.

tips sifon

Untuk mendapatkan rekaan yang eksklusif, lace atau renda digunakan. Terutamanya kepada mereka yang suka dengan detail yang mewah bolehlah meletakkannya ditempat yang menjadi fokus utama di dalam sesuatu rekaan. Sebagai contoh, renda boleh diletakkan di bahagian tertentu atau digabungkan dengan fabrik chiffon lembut sebagai asas untuk mendapatkan rekaan tampak lebih segar dan lembut.

tips lace

Sutera shantung pula dipilih kerana sifat fabriknya yang  senang membentuk dan terletak. Terutamanya digunakan pada bahagian korset. Permukaan sutera shantung yang tidak terlalu kasar dan tidak terlalu berkilat menampilkan ciri-ciri eksklusif dan tampak mewah.

tips shantung silk

Sila hubungi butik minikurung untuk mendapatkan khidmat nasihat tentang tips fabrik yang sesuai untuk design yang anda inginkan.


Category: tips

No Comments »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URL

Leave a comment