Panduan Corset Pengantin dan Tempahan Corset

admin. April 18th, 2011

Kali ini minikurung nak berkongsi panduan dan tips sket tentang corset. Especially untuk bakal pengantin yang memilih konsep pakaian 3 pieces wear yang menggunakan corset tak kira la untuk majlis persandingan, pernikahan atau pun pertunangan. Sebenarnya pemakaian corset ni secara umumnya lebih kepada untuk membentuk tubuh so that si tubuh pemakai atau pun pengantin nampak ramping dan langsing. Secara khususnya korset digunakan untuk membetulkan lagi bentuk badan dan postur tubuh seseorang yang memakainya.

Di butik minikurung kami juga membuat corset untuk pelanggan-pelanggan. Korset yang dibuat akan di customize mengikut tubuh badan si pemakai. So, measurement yang diambil, pemilihan fabrik, teknik jahitan dan pembuatan yang betul akan membuatkan si pemakai nampak menyerlah dan yang paling penting adalah selesa.

Pemilihan fabrik memainkan peranan untuk corset pengantin. Kami memilih shantung silk kerana kain shantung sutera bersifat membentuk dan juga selesa di pakai. Corset yang dibuat dan dijahit di minikurung mempunyai beberapa tulang. Tulang ini sangat penting untuk menampung badan si pemakai. Beberapa tulang di korset ini akan berada di kedudukan hadapan dan juga belakang corset. Selain dari memberi sokongan, tulang pada corset ini juga memudahkan pergerakan pengantin atau pemakai semasa berjalan.

corset pengantin

Warna untuk corset juga memainkan peranan. Seelok-eloknya pilihla warna korset yang sama dengan pemakaian. Walau bagaimanapun, terpulang pada citarasa dan konsep yang ingin ditampilkan. Sekiranya inginkan penampilan yang kontras boleh sahaja memilih warna yang berlainan asalkan masih lagi sedap dipandang mata.

Servis tempahan corset di minikurung bagi kategori saiz S hingga L adalah RM100 sahaja. (harga tempahan corset murah berbanding tempahan di butik-butik lain, iklan sekejap.. :-) ) Jahitan di jamin bermutu, kemas dan selesa. Nantikan corset bahagian kedua iaitu corset muslimah pula.

corset murah


Category: tips

7 Comments »

  1. Kalau nak tempah korset saje boleh ke? Korset lengan panjang, boleh?

    Comment by anna — May 21, 2011 @ 9:36 pm

  2. tempah korset saja boleh. korset lengan panjang buat masa ni tak buat. tq

    Comment by admin — May 21, 2011 @ 10:45 pm

  3. hi..boleh tak kalau nak tempah korset jer dlm warna maroon?korset tanpa lengan… tolong email saya pls.. 10Q

    Comment by sri — August 22, 2011 @ 3:41 am

  4. hai, leh email i mcmne i nak tempah corset sahaja ngn u?

    Comment by lynn — October 6, 2011 @ 4:15 pm

  5. klu nak tempah corset mcmana erk??

    Comment by huda — December 23, 2011 @ 2:36 pm

  6. ada korset muslimah warna pearl white saiz s?

    Comment by IDAYU — February 29, 2012 @ 11:20 pm

  7. tadek. maaf. kami hanya buat corset berdasarkan tempahan shj.

    Comment by minikurung — February 29, 2012 @ 11:27 pm

RSS feed for comments on this post. TrackBack URL

Leave a comment