Baju Kurung Moden Coklat

admin. February 8th, 2011

Baju kurung moden ini menggabungkan warna coklat cair pada bahagian atas dan kain batik coklat dibahagian bawah. Pada bahagian leher dan atas dada dipenuhi dengan sulaman kerawang corak bunga, dan begitu juga disekitar kedua belah pergelangan tangan. Taburan sulaman kerawang bunga yang lebih banyak di hadapan bahagian bawah baju membuatkan baju kurung moden ini tampak lebih lengkap dan menyerlah.
baju kurung moden

Perhatikan pada bahagian atas baju yang mempunyai dua jahitan menegak yang dipanggil lisu. Ini adalah sebagai suatu kaedah yang diimplemantasikan di dalam baju kurung moden untuk mendapatkan potongan mengikut tubuh si pemakai.
baju kurung moden top

Jahitan lisu menegak ini juga dijahit di bahagian belakang untuk menampilkan kesan yang lebih ramping kepada bentuk tubuh si pemakai. Baju kurung moden yang dijahit di minikurung ini juga menggunakan zip di bahagian belakang. Bahagian bawah baju masih terdapat sulam kerawang bunga tetapi di dalam kuantiti yang minimum.
baju kurung moden back

Perhatikan juga kain batik coklat ini. Kain lipat batik ini dijahit secara lipat hadapan mengikut citarasa pelanggan.
kain batik lipat untuk baju kurung moden

Baju Kurung Moden kain batik yang di tempah dan di jahit di minikurung ini kepunyaan Puan Nurul Akmal salah seorang pelanggan setia di mini kurung . Tukang jahit berpengalaman kami di minikurung sentiasa memberikan servis terbaik dan khidmat jahitan yang berkualiti dengan harga yang berpatutan. Sila hubungi butik minikurung untuk tempahan baju kurung moden anda yang seterusnya.
baju kurung moden coklat


Category: portfolio

1 Comment »

  1. hai Lyna,

    boleh saya tau rate harga kalau nak tempah baju kurung moden?
    saya nak pakai untuk majlis bertunang..
    kain lace 2 meter + satin 4 meter…

    Thank You

    Comment by safikah — February 8, 2011 @ 9:50 pm

RSS feed for comments on this post. TrackBack URL

Leave a comment