Dress Gaun majlis formal, dinner, pengantin

admin. January 18th, 2011

Dress gaun ini diilhamkan daripada dress pengantin atau gaun pengantin tetapi telah diringkaskan mengikut citarasa pelanggan. Dress gown ini diperbuat menggunakan lace dan kain satin berwarna indigo atau ungu cerah. Dress lace satin ini sesuai digayakan di majlis-majlis formal atau “dinner function” ini menampakkan paduan atau pun “fusion” ciri-ciri klasik Inggeris dan Melayu.

dress gaun formal, dinner, pengantin

Ciri-ciri klasik Inggeris mengaplikasikan gaun satin tanpa lengan mengikut potongan bentuk tubuh pemakai manakala bahagian labuh bawah dikembangkan. Walaubagaimanapun, ciri-ciri melayu dititikberatkan di dalam kostum gaun ini dengan menutupi bahagian dada dan menggunakan leher baju melayu iaitu leher cekak musang. Ini diserikan dengan lace-lace bercorak bunga yang mewah yang memenuhi dari ruang atas dada menurun sehingga ke bahagian atas lutut, serta pada bahagian tangan menggunakan lace tanpa lining menampilkan seolah-olah jelmaan sebuah kebaya tradisional. Dihujung kaki gaun dibahagian bawah di jahit lace sebagai kemasan terakhir yang melengkapkan dress gaun yang nampak anggun dan klasik ini.

Gaun dress satin dan lace ini di tempah dan di jahit khas untuk Puan Ernizahani dari Perak salah seorang pelanggan setia yang berpuas hati dengan hasil jahitan di butik mini kurung. Sila hubungi minikurung untuk tempahan gaun / dress eksklusif yang anda idamkan samada untuk majis formal, semi-formal dan santai. Butik minikurung bersedia untuk merealisasikan keperluan dan keinginan tailoring anda.


Category: portfolio

No Comments »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URL

Leave a comment