Minikurung menampilkan baju kurung moden bertingkat berwarna merah jambu yang sangat sesuai di gayakan di majlis-majlis keramaian atau untuk dipakai ketika hari raya. Baju kurung moden ini menggunakan kain chiffon lembut dan menggunakan kain satin sebagai lining. Chiffon lembut dipilih untuk mendapatkan kesan ”flowy” yang lebih pada baju kurung moden ini.

Perhatikan bahagian atas baju kurung moden ini yang dijahit secara bertingkat seolah-olah berlapis-lapis. Layer pada baju kurung ini menimbulkan kesan yang unik pada si pemakainya. Tambahan manik-manik disekitar bahagian layer pasti menampakkan lagi seri pada keunikan baju kurung moden berlapis ini. Juga di cadangkan untuk menambah manik-manik di sekitar leher ke bahagian dada baju dan juga kedua pergelangan tangan.

Perhatikan pada bahagian atas baju yang mempunyai dua jahitan menegak yang dipanggil lisu. Ini adalah sebagai suatu kaedah yang diimplemantasikan di dalam baju kurung moden berlapis ini untuk mendapatkan potongan mengikut tubuh si pemakai.

Bahagian bawah (kain) baju kurung moden ini mengaplikasikan ala-ala skirt labuh. Kain chiffon lembut merah jambu dengan pink satin lining di design dan di jahit seolah-olah menjadi skirt kembang yang flowy gitu.

Baju kurung moden bertingkat ini di jahit di butik mini kurung dan di tempah oleh salah seorang pelanggan kami. Tukang jahit berpengalaman kami di minikurung sedia untuk merealisasikan design baju fesyen anda. Jahitan dijamin berkualiti tinggi, kemas dan selesa dipakai dengan harga yang berpatutan. Sila hubungi minikurung untuk tempahan eksklusif anda yang seterusnya.
Category: portfolio
36 Comments »
RSS feed for comments on this post. TrackBack URL











hai, nampak menarik~~mcane nak tmpah n harge nyer macamner??
Comment by Syuhada — March 2, 2011 @ 1:38 pm
hi syuhada, cek emel ek? tq
Comment by admin — March 2, 2011 @ 2:24 pm
cantik baju ni…
bapa harga if nk tempah ye..
Comment by Mira — March 7, 2011 @ 11:40 am
hi mira, canteekk… cek emel tau? tq.
Comment by admin — March 7, 2011 @ 5:21 pm
Hi.. tumpang tanya.. kalau sy nk tempah baju ni mcmana ye? harga pulak? kalau katakn sy nk sblm 15hb april 2011, sempat x? TQVM:)) sgt cantek design ni..
Comment by Shireen — March 21, 2011 @ 10:08 pm
Ohh..lupa..colour off-white ada?:))
Comment by Shireen — March 21, 2011 @ 10:13 pm
hi shireen, nice to chat with u just now. jupa kt butik nnti k? tq berminat ngn servis minikurung
Comment by admin — March 22, 2011 @ 12:18 am
[...] ada dalam cover magazine pesona pengantin bulan mei 2011. Juga yang mendapat sambutan adalah design kurung moden bertingkat minikurung. Juga some fusion on the bottom (bahagian kain) yang diganti dengan ala2 pleated [...]
Pingback by tempahan pakaian hari raya 2011 - trend & design | minikurung — April 28, 2011 @ 9:28 am
salam..nk tanya bp tmpahan ye untuk design ni…nice la
Comment by as — May 27, 2011 @ 7:16 pm
nk order baju ni cm ne?
Comment by mimi — June 5, 2011 @ 1:47 pm
salam nak tnye baju pink ni mcm mana nak tempah? thankss
Comment by rena — June 7, 2011 @ 11:46 am
salam. hye, sy berminat sangat dengan design baju ni. kalau nak tempah untuk raya ni sempat lagi x? bper harga untuk tempah? butik u katne ek? kalau dekat area KL boleh la nk tinjau2..hehe
Comment by nadiah — July 1, 2011 @ 10:00 pm
askum sis..klu baju kurung moden siap ngan lining brapa yer…:)
Comment by laili — August 9, 2011 @ 2:49 am
Blh tolong email pada saya berapa harga baju ni?.. warna lain ada tak?.. tq
Comment by yatie — August 16, 2011 @ 5:30 pm
Saya nak tempah style mcm ni…brape ye? utk convo bln 10 ni..sempat x wat?
Comment by Laily — September 12, 2011 @ 2:06 pm
Salam kak…saya minat nk tempah style mcm ni. brape ye? utk convo bln 10 ni…sempat x wat? Thanks
Comment by Laily — September 12, 2011 @ 2:14 pm
sala..cntk..tp cmne nk tempah ek??
Comment by jaja — November 1, 2011 @ 9:03 pm
salam. terima kasih jaja. utk tempah boleh dtg ke butik minikurung. alamat di http://minikurung.com/contact-us. kalau nk tempah by pos pon boleh. bagi ukuran badan dan anta kain yang hendak dijahit. kami akan bgtau berapa meter yg diperlukan. terima kasih.
Comment by zuriah — November 2, 2011 @ 9:50 am
hye….nice baju ni..bapa harga eh kalo nak tempah…
Comment by yaya — December 21, 2011 @ 7:50 am
Salam, saya nadiah, kalau nak tempah baju macam ini berapa harga nya eh?
Comment by siti nadiah — December 27, 2011 @ 12:33 pm
cantik la…klu tempah bape harganya erk??klu bg design lain,boleh wat x?
Comment by farah — March 2, 2012 @ 8:05 pm
pm price at ctnurulhuda13@gmail.com
Comment by huda — March 12, 2012 @ 8:42 pm
Hai….kak nk tanya klu bt 2 layer pglgn tgn bj n kain 2 layer jg brapa meter n brapa harga tlg pm ye tq
Comment by natashairham — March 16, 2012 @ 12:36 am
askum cik sis,macamana nak tempah baju minikurng bertingkat ni.email kita
Comment by ana — April 29, 2012 @ 4:55 pm
salam,please email harga utk tempahan k,thanks
Comment by syazwani — May 30, 2012 @ 5:57 pm
salam. nk tempah mcm ni brpe ye?
Comment by aini izani — June 14, 2012 @ 2:01 pm
Hi
Cantik baju ni, berapa harga kalau nak tempah?
Comment by Ezzie — July 2, 2012 @ 12:03 am
masih boleh tempah ke? berapa yer?
Comment by yanti — July 7, 2012 @ 12:47 pm
tempahan utk raya telah ditutup. Hanya dibuka selepas hari raya. terima kasih.
Comment by minikurung — July 20, 2012 @ 12:38 pm
hai sis brape ye harga kalo nk tempah baju mcm nie?
Comment by hasmiza haris — July 30, 2012 @ 9:17 pm
sis,brp ni kalo nak tempah utk raya
Comment by ina — July 31, 2012 @ 11:40 am
hi ina, tempahan utk raya da tutup. harap maaf.
Comment by minikurung — July 31, 2012 @ 11:50 am
hi hasmiza, tempahan utk raya da tutup. harap maaf. akan dibuka kembali selepas raya. terima kasih
Comment by minikurung — July 31, 2012 @ 11:50 am
Hai..berape harge??tq
Comment by sheila — August 7, 2012 @ 8:07 pm
salam. klu nk tempah ni mcm maner ye? harga?
Comment by izzah — November 3, 2012 @ 9:54 pm
cantik. berminatla nk kaler turqoise..boleh ks quoatation x?saya ni di jhor sekarang
Comment by nursyahida — November 12, 2012 @ 3:52 pm