Baju Kebaya Moden Bandung Online untuk dijual

admin. September 22nd, 2011

Minikurung memperkenalkan baju kebaya moden bandung berwarna biru yang sedia untuk dijual. Set Kebaya moden ini datang lengkap dengan baju (top), kain (bottom) dan selendang panjang. Produk ini dijahit di butik minikurung yang pastinya berkualiti dan kemas.

 baju kebaya moden online

Kebaya biru eksklusif ini sangat sesuai digunakan untuk acara semi-formal terutama bagi menghadiri majlis keramaian di pejabat. Ini kerana gabungan warna biru yang dipilih adalah sangat bersesuaian dengan tema korporat. Tidak hanya tertumpu untuk majlis korporat, juga sangat molek dipakai untuk majlis perayaan seperti hari raya, kunjungan rumah terbuka dan majlis perkahwinan dan sebagainya.

 baju kebaya moden online

 baju kebaya moden online

Perhatikan bahagian baju bermula dari bahagian leher sehingga ke bahagian pertengahan abdomen yang didominasi oleh gabungan kerawang dan sulaman bunga menaikkan seri pada si pemakainya. Kerawang dan sulam juga didapati di persekitaran pergelangan tangan dan juga labuh baju.

 baju kebaya moden online

 baju kebaya moden online

Bahagian bawah (bottom) iaitu bahagian kain menggunakan corak batik jawa dan dijahit dengan design lipat tepi. Dengan aksesori selendang panjang yang mempunyai gabungan corak bunga (seperti di bahagian baju) dan batik (seperti di bahagian kain) – printed Chiffon shawl dan hujung selendang yang berambu melengkapkan set kebaya moden biru ekslusif ini. Sila hubungi minikurung untuk sebarang pertanyaan. Sila klik disini => kebaya online untuk order dan pembelian.

 baju kebaya moden online


Category: online sale

No Comments »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URL

Leave a comment